al-bayyinah al-'ilmiyyah (al-i'jaz al-'ilmi)
Mukjizat Saintifik
Pengukuhan keyakinan IMAN berdasarkan ILMU melalui PENDALILAN dan PEMBUKTIAN (AL-BAYYINAH). Menelusuri karya Shaykh 'Abd al-Majid al-Zindani.
Niat ikhlas kerana Allah dan bersikap benar dengan manusia.
- Shaykh 'Abd al-Majid al-Zindani
PROFIL
Siapakah Shaykh 'Abd al-Majid al-Zindani
Shaykh ‘Abd al-Majīd bin ‘Azīz al-Zindanī dilahirkan pada tahun 1942 di Yaman. Beliau merupakan seorang tokoh ulama kontemporari yang sangat berpengaruh, bukan sahaja dalam bidang agama dan politik, malah sebagai pelopor utama dalam kajian mukjizat saintifik al-Quran dan Sunnah. Antara sumbangan terbesar beliau ialah penubuhan Hay’ah al-Iʻjaz al-ʻIlmī fī al-Qurʼan wa al-Sunnah di Mekah pada tahun 1984 dan pengasasan Universiti al-Iman di Yaman.